Friday, June 8, 2012

Episod: Ikhlas

(Ini bukan entri tentang encik ikhlas yang bekerja di usm yang diketemui baru-baru ini di masjid usm menunaikan solat asar ketika lawatan aku ke usm penang beberapa bulan lepas)

Banyak manusia yang ada di pejabat aku
TET TET TETTTTTTTTTTT (bunyi alarm)
Pejabat? Wah githuuu… AFSB ke KES? \
Mana2la

1.Muka
Ada yang muka ikhlas, tapi hakikatnya…. Wachaaaa
Ada yang bermuka puaka, tapi ikhlas sangat…
2.Bantuan
Ada yang menolong tapi berkata “aku ikhlas ni…”
Ada yang suka menolong plus nasihat plus mendengar keluhan aku…

3.Body Language
Ada yang membuat muka manis tatkala bertentang mata dengan aku tapi apabila aku pusing tapi masih di penghujung anak mata aku, dia membuat mata ke atas tangan di bahu
Ada yang membantu hanya bermata kuyu sampai berpeluh ataupun memarahi aku supaya berubah walaupun hati ku panas mahu memaki tapi…pasrah itu redha

Ni jela yang aku nak senaraikan. 3 situasi biasa di pejabat beserta 2 contoh keadaan. Keadaan yang pertama adalah orang tak ikhlas, dan kedua ikhlas. TETEK! Eh TITEK! Eh TITIK!!!!  “.”

Tuesday, June 5, 2012

Episod: kalau aku menjadi jutawan segera dengan rm1.25mil

setiap kejayaan bermula dari cita-cita dan pastinya cita-cita dating dari impian.. dari mana datangnya impian kalau tak berangan? So, jom berangan :D

dengan rm1.25mil aku boleh buat benda yang aku sangat suka dan berguna

rm0.20mil aku akan buat banglo yang cukup2 4 bilik kecik setingkat dan ada laman ciput di kanowit. Banglo ini boleh menempatkan aku dan family aku kalau berkunjung ke kanowit. Dan mak aku akan gembira setelah sekian lama slalu sedih2…

Rm0.05mil aku akan angkut family aku dan belah bini aku pergi bercuti tak perlu jauh2 asal semua happy.  Jom tioman… jom skali dato datin…..

Rm0.03125mil zakat (2.5%). wajibbbb

Rm0.20mil aku letak kat asb buat pusing2 supaya tiap tahun aku makan dividen sajork. Iyalah..bila lagik nak merasa ada investment tanpa berutang2…

Rm0.08mil aku bayar hutang kereta, ptptn n kredit kad aku… phewwww
Rm0.05mil aku bayar hutang kereta bini aku..phewww :p

Rm0.05mil aku belikan kereta myvi utk mak aku. boleh la mak aku gunakan untuk hantar kek lapis..
Rm0.01mil aku bayar balik kat mpdad usm/koperasi mrsm/pemadam usm kot2 ada termakan duit secara tak sengaja.

Rm0.15mil aku nak p haji dengan bini, mak bapak aku, mertua aku.. tok mesti aku menitis2 aik mataaaa
Rm0.10mil aku nak bayar duit muka rumah baru di kl. Rumah biarlah kecik dan comel serta berkemampuan. Aku boleh polah investment or duduk sendirik or homestay. J

Rm0.05 utk bapak mertua aku buat kebun di Melaka. San-bu-yan nya ngenang maok ada duit molah tok suma…
Rm0.05 utk bapak aku buat kolam ikan di kampongnya. Dari semena nya sikda keja berpencen tok nakkk..

Rm0.10mil aku bina 2 buah surau yang comel di kawasan yang bersesuaian . cute jak… jangan nisik bah…
Rm0.05mil aku masukkan dalam tabung amanah surau/public mutual utk surau supaya ada dividen n guna dengan berfaedah…

Rm0.05mil aku gunakan utk molah camp khas 5hari 4 malam utk kanak2 dari keluarga susah. Aku nak berikan motivasi, ceramah agama serta beberapa modul best dan menarik supaya daknya semangat belajar. Aku akan bawak dato dan datin yang menderma utk turut serta dan beramal bersama…

Balance rm28,750 masuk la dalam public mutual or beli emas.  Kemudian aku masih teruskan bekerja dengan alam fl*ra dan memastikan aku hidup macam biasa. insyaAllah. Eh eh nak kluarkan rm50 la utk beli mekdi… :D
Tadaaaa… sungguh berhemah nakkkk???

Wahai dato dan datin, tlgla bagi rm1.25mil kat saya. Dato dan datin pasti tak rugi zakatkan wang kepada saya sebab dato datin boleh tgk betapa bagusnya perancangan saya dengan duit itu tanpa membazir.kalau dato dan datin bagi dekat kerabat tertentu atau keturunan tertentu duit itu pasti jadi transaksi pembayaran air kencing setan ataupun betina yang memakai bag miaw miaw dan bergincu simplysiti. (tetiba nakkk).

Dato dan datin boleh menghubungi saya di talian 013-6301056. Saya serius!

Monday, June 4, 2012

Episod: kawan baru vs kawan lama

Entri masih lagi menggunakan bahasa Malaysia. :D

Kawan baru VS kawan lama
Aku bersyukur hidup aku dikelilingi ramai kawan
Kawan BARU dan kawan LAMA
Ini belum temasuk kawan “LAWAN” dan tidak lupa kawan “SIALAN”
Serta kawan sejiwa dan kawan baik hati
Ahaaa…. Dan ada sekadar kawan fb sajork
Dan kawan kepada kawan proclaim kawan kenal sangat tapi kaedahnya non hado

Tapi aku suka kawan baru dan kawan lama
Biarlah kawan itu masuk dalam kategori manapun
Aku suka banyak kawan
Walaupun lepas kawen ni aku jarang keluar dengan kawan kawan

Tapi aku berfikir dalam perjalanan tadi, kalau aku nak bercakap sesuatu benda,
Aku tahu dengan kawan baru atau kawan lama aku boleh bercakap


Kawan kadang kadang hanya datang tanpa diduga
Kawan kadang kadang terus lesap tanpa khabar berita
Aku mudah terasa kalau kawan berbuat jahat mahupun berkawan hanya kerana sesuatu


Aku mengenali banyak kawan baru
Aku sayang kawan baru
Sebab ada kawan baru memahami isi hati aku walaupun dia kawan BARU
Dan tak semua kawan LAMA dapat mengenali aku

Aku mengingati ramai kawan lama aku
Aku menghargai kawan lama aku
Sebab ada kawan lama begitu sabar dengan karenah aku setelah sekian LAMA
Dan tak semua kawan BARU aku dapat memahami aku

Banyak manapun kawan BARU atau kawan LAMA
Aku sayang kawan kawan aku
Tapi aku lebih sayang kawan rapat aku, iaitu AKU SENDIRI. 


(ada kawan aku baru-baru ini membuat aku terharu mahu menangis. chit…. aku mestila berlagak macho dan berkata… “r u hokey? dah dah… aku sibuk…”. terfikir macam kaum sepet gilalah perangai aku. hangsuang! )

Episod: menjadi mokhsen


(sila setkan minda anda keadaan jalan yang jam memuncak dari Cameron highland turun ke Tapah, mengantuk2 dan kanak2 bising pada hari ahad petang panas time cuti sekolah)

Topik Perbualan: Cita-cita apabila dewasa

Ahli-ahli:

1. Momo(pemandu berhemah dan cekap :p)

2. Aina (budak berumur 4 tahun yang petah bercakap serta comel seperti pemandu)

3. Anis (kanak-kanak berusia 10 tahun. Bijak tetapi terlalu sopan)

4. Arifin (kanak-kanak berusia 8 tahun banyak cakap, banyak soal, bising blab la bla)

5. Ikin (bini pemandu yang tido ß tettt terkeluar carta)



Momo: Korang….Dah besar nak jadi apa???

Kanak2 ribena: doctor, cikgu, peguam…bla..b la…doctor… bla bla…saintis… (menjerit2 hokeyyy)

Momo: namakan dua sahaja…

Anis: Doktor dan chef…

Arifin: Doktor dan saintis…

Aina: aaa…aaaa aaaaaaaAAAAAAAAA (imagine budak2 kecik menjawab menjerit2)

Ikin: hmmmm…zzzZZZzzzzzZZZZ

Momo: Doktor ada banyak… doctor falsafah… doctor perubatan… gigi…bedah… sakit puan… semua..

Anis: sakit puan apa?

Momo: sakit perempuan…

Anis & Arifin: ooooOOOOooooo..

Arifin: Lagi….

Momo: banyak la..bla bla bla (nak kau hambekkk aku jawab ala2 saintifik sampai budak terdiam… pheww lega..pikir nak tukar topic la…)

Arifin: Momo betul ke keje  alam flora angkat sampah?

Momo: Ye!!!! Sape buang sampah merata2 kluar tingkap, momo ketuk kepala!!!! (DANG…hampir dapat tukar topic… yeahhh)

.

.

.

….

…….

………

……

….

...

..

.

.

(4-5minit kemudian… Splashhhhhh!!!! Kereta depan  buang sampah dari kereta…. Sampah dikenali sebagai tisu2 rembesan hingus budak berusia 3 tahun iaitu adik kepada kanak2 berusia 4 dan 10 tahun di dalam kereta aku. PRAPPPPPPP  sentappp!!!! )
Itu sahaja blog aku hari ni. Sila la memaki blog saya sebab bosan!! :p

Wednesday, May 23, 2012

Episod: Persekitaran Office Baru

Sekian maklum bahawa aku kinek bekerja dengan majikan baru. Majikan aku kinek ialah Al*m Flora Sdn Bhd, anak syarikat D*B Hicom Berhad. Nampak gah kan?? Yodeh… mun jak nya gah..pastok cerita…


Aku bermula melangkah ke alam pekerjaan pada usia yang sangat mudak. 21 tahun 11 bulan, aku start bekerja dengan Ko*zen Engineering Systems Sdn Bhd. Start2 jadi service engineer. Nang ngenjen jakla keja. Hei yyuuu… aku bukan lahir dari engineering background. Aku technologist! Tough sebab sebenarnya aku sik suka kerja ya. Yalah..aku keja sebab nak duit. Niat I dah salah…….. tettttt

Sik lamak pasya aku dapat offer oleh Per*dua Rawang. Menyesal sekali ditolak. Dipujuk oleh Y dan En Z. Menyesal teramat. Rasa macam mok gugok jantung mun ngenang balit sebab Ko*zen memang tempat aku mendapat duit halal tapi boooo… boring… Next..

Aku kemudian dapat offer We*tern Digital Pasir G*dang. En Y dah tolong carikkan rumah sewa. Last minutes, aku reject sebab K*nzen counter offer dengan gaji yang nait sedikit untuk ke Sarawak. Wow.. I loikeeee la balit Sarawak.

Di Sarawak, aku bertukar majikan… Dari Ko*zen Engineering Systems ke Ko*zen Aqua Systems… Aku jaga sales and marketing. Hmmm… not soo bad (might be bad in front of management laaa). Aku suka apa aku buat… Just that rezeki aku nak kawen and aku nak transfer ke semenanjung. Dapat kerja lain.. Suprisingly just next door of Ko*zen. Wakakaka… Boss aku till today sik tauk. Nya offer aku transfer dengan sedikit kenaikan gaji di KL.

KL…Okla.. But aku boring. Macam bola. Kejap sia kejap sitok… Argghhh…How I miss working in Kuching. Aku ada decision sendirik di Kuching. But in KL.. Boooo!!!

Dah boring and company aku molah taik, of course aku molah taik juak…! Aku pindah keja. Aku dapat kerja dengan Al*m Flora tok.

Masuk2 Al*m Flora, ok memang ok. Gaji biasa2 jak. Dekat sitok Islamic la sikit of course compared dengan Ko*zen. Berubah la juak aku waima sik la banyak ne. Mula2 masuk aku sik suka sifat yang sangat courtesy contohnya memanggil org dengan Encik… Dato… Kakak… Puan.. Sebab kat Ko*zen, aku just panggil nama jak… Habis2 pun tunggah Kak Liza jak dengan panggilan kakak. Yang lain..haremmm…

Masuk Al*m Flora, aku sik suka mengkey-in data. Aku dah madah ngan bos2 aku… En M, En S, Kak SH…Semua dah tauk aku sik suka… and, till today masih jak… apa yang aku polah aku rasa clerk pun boleh juak polah. Memang ada certain parts ya memang kita kenak polah, but it is not challenging enough.

Aku dah madah n email personally dengan En A aku mok tukar department ke BD. Dan aku menyesal sebab tolak tawarannya untuk masuk BD masa aku personally bersembang dengannya di bilit. Argghhhh…. Dan aku dapat reply dari email nya baru2 tok tentang request aku, nya madah hold dolok and aku masih diperlukan di department aku sekarang. Mencik mencik mencik…

Aku sik penah la mencik manusia di AF tok..tp aku sik suka tempat sekda system yg “systematic”! Nampak jak GAH… tp…hancuss… haiya…how aaa….aku mesti terus berjuang…struggling dengan dirik… but the thing is, where is my button?!!! Accelerate my passion in it? YES I can. But where is the button??? :(

Monday, May 21, 2012

lubang perut!

apa jak dirasa mun leka gago molah keja pasya lupak save?? agik2 mun dateline udah lepas n ko baruk dahnak siap???? pasya senior2 kawu dah tekiak kaong mintak report?? rasa macam kenak rodok makey pisok sik perut kawuuu??? lubang perut juak ehhhhhhhhhh

Sunday, May 20, 2012

Hey yuuuu kuala lumpur!

Entri pasal key ell (ni ejaan budak2 skrg, geli tak?? Tuih... ).

Knape la kau nak letak kl. Takde tempat lain ke? Haish.. Kl ni la ibu Negara kite dek non. Kota yang “PESAT” membangun dari pelbagai aspek. Membangun dari segi jenayah, jam, gerai haram mahupun PTI dari Nepal, Bangladesh, Myanmar dan opkos, Indonesia. Wah..negative sajork yang aku Nampak. Biasela manusia. Tp serious (kot2 najib or menantu paklah membaca ini), aku tak suke KL. Berjela2 negative dari positive.

Kalu nak diikutkan, aku rase manusia tak hengat dunia a.k.a remaja yang berpeleseran (dalam wallet ada duit beli air tin n tambang balik or up sikit minyak moto/kreta + toll) je yang suka KL. Yang lain, hancuss… macam aku. Sebab,time2 public holiday, confirm semua akan kluar kl. Kluar jauh dari KL. Aku berani taruk rm10 (matila..nak tiru statement kakak dato K nak bagi Rm100K) utk sape2 ada data majority rakyat Malaysia suke dok KL. Memang takde…

Beberapa ari lepas untuk beberapa hari aku ditugaskan utk bekerja tengah2 KL. KL sangat… argghh..mencik2…. dengan padatnya crime (ye saya diikuti oleh 1-2org pemakan “vavi” tegar ) kerana aku berlegar2 di Bukit Bintang (kawasan jajahan aku untuk kajian company) membawa camera dari 8am-1am selama 2hari berturut2.. of course mereka syak aku mata2 utk kegiatan ayam2 tambatan business mereka.

Aku turut membenci kebanjiran manusia pelbagai warna dengan seribu bahasa SELAIN BAHASA DALAM NEGARA KITA DAN WARNA KULIT MALAYSIA! Aiyo… selain Bukit Bintang, aku turut jalan2 kat area Medan Pasar. Mak haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiyamm betul.. Majoriti penyewa dan penghuni bangunan2 pra-sejarah (wow) adalah warga Bangladesh, Myanmar Nepal etc… Vietnam… haiyooo….

Aku rasa macam melancong ke Negara dorang jerk… So how??? Takyah berangan tunggu “0” fares dari Air Asia.. Mai ja KL… boleh beli barang makanan dari Negara dorang… ada sireh…ada kapur… ada ubi..ada minuman…ada herba… ada jamu… ada rempah…semua dari Negara dorang… bahasa takyah kira la… up up memang bahasa dorang je byk compared dengan bahasa melayu, bahasa KEBANGSAAN MALAYSIA. (bencik org KL yg berangan ckp omputeh rojak melayu…choiiii).

Wahai manusia, kenapakah ko suka KL???????????????????????????????

Friday, May 18, 2012

saya akan kembali!!!

yah seperti nak ditulis aku kat tajuk ya..aku akan kembali berblogging!!!! weeehuuuuuuuuuuuuuuu